mY HoUSeMaTe..

May 15th, 2005 by izan-amran

assalamualaikum..

sambil2 nk isi masa tluang ni..teringin pulak izan nk bcerita ttg khdpn kwn2 serumah izan. kwn2 yg plg baik dan snggup ssh sng bsama..(mcm sedih pulak ^_^ ). Di teratak bernombor 23, jln tu 27 ni lah kami smua bsama. klau ikutkn dh nk msk 3 thn kami tggl sesama. dh rasa mcm adik beradik..mklmlah, family jauh..blh dikatakn disemua pelusuk malaysia tkecuali sabah dan sarawak.(",). org katalah kan..bila dh ramai2 ni..mcm2 lah ragamnya, lagi2 semua perempuan..bkn senang nk jg anak perempuan ni kan??

izan ni..blh dikatakn adiklah dlm kluarga kecik kami ni..sbb ader 4 org kakak (yg tlh mgunakn kuasa veto mereka..) yg tua setahun dr yg lain. tp..sbb kuasa veto tlh dgnakan, maka perasaan hormat tu knalah ader..(mcm x ikhlas pulak:)). nk kata diorg suka buli izan..ermm, xleh bgtau..nnti lps ni..msti izan kna buli lagi..hehehe. mntang2lah saiz bdn izan yg ‘comey’ ni..ahaks(jgn mrh kekwn..). kjiha, kwa, kfuzah n knuha..antara mandur2 kat umah kami. kjiha..orgnya mmg suka bcakap, klau dilayan..lagilah suka bcakap. pastu..suka pnggil izan ‘tembam’(kjiha dengki ngn izan yer..izan tahu).blh katakn kjihalah ketua keluarga kami..ahaks. kwa pulak, kira tmpat rujukan semasa..(mcm kaunter ptanyaan pulak..)klau ader mslh yg blaku, kwalah pndamainya. biasalah, sdgkn lidah lg tergigit..apatah lg kami semua. kfuzah pulak..akak yg pndiam kat umah ni. tp..kalu dh start gelak..ermm, abeslah..msti ssh nk bhnti..(kkdng konfius jgk..aperlah yg lwk sgt agaknya..^_^). knuha pulak, kami panggil sbg kak imam..(idea azie lah ni..). sbb utamanya, knuha slalu kna bckan doa mkn utk kami..hehehe. Ya Allah, berkatilah rezeki yg telah engkau berikan..dan jauhkan kami dari azab api neraka.AMIN. mcm knk2 sek tadika tak?? comey kan..(",)

ahli2 umah yg lain..azie, zila, nuul, ila ngn shatila. azie ni..mmg kaunter ptnyaan klu ader mslh psl logik thinking(coding lah tu..). azie ni..mmg terer cikit bab2 kritikal thinking nih..jeles jgk kekadang tu. zila dan ila pulak..kije dia suka nk mnyakat izan. ntah aper lah yg best nyer..izan pun xtahu. kembar izan..nuul, mmg tmpt bkngsi cerita..ader je yg nk kami ceritakn bdua. klau dh berbisik2 tu..aderlah rhsia tu..hehehe. slalu jer pnggil izan ‘gemok izan’.(gemuk sgt ke izan ni??). shatila..rakan bilik, sekelas, segroup..dan mcm2 lagilah..bila jln ngn dia..msti rs mcm jln ngn akak2. mklumlah..tnggi btul kwn izan yg sorang ni..(",).

inilah antara kwn serumah izan..tharu pulak ader kwn2 mcm ni..ssh sng snggup bsama2. insyaAllah, ni sem akhir kita bsama..lps ni, semua akn ikut haluan msg2. Jgn luper kngn kat teratak kita yg paling cntik kat lorong TU 27 ni..ekekeke. xder saper2 yg leh chalange. bak kata knuha..LaMan OrG NmPaK CaNtiK..LaMaN SnDiRi bwARNa WarNi..(",). MaKSuDnYa..HanYa KamI JeR Yg LbH TaHu..hehehe..

-UkHWaH ItU InDaH JiKa BTeMu DaN BPiSaH iTu KeRaNa ALLaH-

DiaKHiR HaYaT RaSuLuLLaH..

May 14th, 2005 by izan-amran

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyatnya maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?"-
"Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

p/s:Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih ramai yang menyayangi mu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu diakhirat.