PeriNgaTan DaRi tuLaNg BuSuK

Ketika Amru bin Al ‘Ash menjadi gabenor Mesir, beliau menduduki sebuah istana besar. Dihadapannya terhampar sebidang tanah yang cantik tetapi telah dicacatkan oleh sebuah pondok milik seorang yahudi yang terlalu buruk. Amru tidak sedap hati melihat pemandangan yang sebegitu rupa. Alangkah baiknya jika di hadapan istananya itu dibina sebuah masjid. Tanpa bertangguh lagi, Amru meminta Yahudi itu datang menghadapnya.

“Saya mahu membeli tanah tuan.”Kata Amru. Namun yahudi tersebut menjawab, “saya tidak mahu menjualnya.” Amru tidak berpuashati lalu menawarkan harga yang lebih tinggi. “Saya bayar 3kali ganda daripada harga biasa.” Namun, yahudi itu tetap tidak mahu menjualnya seraya berkata “ walau berapa pun tuan tawarkan, saya tetap tidak akan jualkan.” Amru masih tidak berpuashati lalu berkata “Tuan akan menyesal nanti.”


Keesokan harinya Amru sudah membuat keputusan untuk merobohkan pondok buruk milik yahudi tersebut. Yahudi itu tidak dapat berbuat apa-apa. Namun dia bertekad untuk membawa perkara ini kepada khalifah.

Sampai di Madinah, dia berjumpa Khalifah Umar Al Khattab di halaman Masjid Nabawi di bawah pohon kurma yang rendang.

“Apakah masalah tuan datang ke mari? kerana Mesir terlalu jauh dari sini.” Tanya Khalifah Umar. Maka Yahudi itu pun menceritakan segala-galanya. Wajah saidina Umar berubah . “Tidak sepatutnya dia berbuat demikian!” lalu diambilnya sebatang tulang dari tempat sampah. Di atas tulang itu diguris huruf alif dengan pedangnya. Ditengah-tengah huruf alif itu pula dipalangkannya. Maka saidina memberi tulang itu kepada yahudi tadi. “nah, ambil tulang ini dan serahkan kepada gabenorku(Amru).” Yahudi itu pula berkata “Dari jauh saya datang untuk menuntut keadilan, tetapi tuan bagi saya tulang busuk ini. Adakah tuan mahu menghina saya?” Tetapi saidina Umar menjawab, “Wahai tuan yang saya hormati, pada tulang yang busuk itu terdapat keadilan yang tuan mahukan.”


Yahudi itu pulang dan menyerahkan tulang busuk itu kepada Amru. Sungguh aneh! Amru kelihatan pucat dan menggigil tubuhnya apabila menerima tulang yang busuk itu.

Lalu Amru segera memerintahkan supaya dirobohkan masjid yang baru dibinanya, dan membina semula pondok yahudi itu. Tiba-tiba yahudi tadi datang kepada Amru dengan tergesa-gesa. “Ada apa lagi tuan?” Amru bertanya. Lalu yahudi itu berkata “Jangan diroboh masjid ini. Beritahu saya mengapa tuan begitu takut apabila memandang tulang itu.”

Amru menjelaskan “sebenarnya, tulang busuk itu tulang biasa, malah baunya pun busuk. Tapi kerana dikirimkan oleh Khalifah Umar, ia mengandungi peringatan yang tajam dan tegas. Maksud alif itu ialah : Ingatlah ! Betapa tinggi pangkat dan kekuasaanmu sekarang, suatu masa nanti kamu akan berubah menjadi tulang busuk juga. Kerana itu bertindak adillah seperti huruf alif, adil di bawah dan adil diatas. Andainya engkau tidak bertindak lurus, akan kutebas lehermu.”

Yahudi tersebut terharu. Dia lantas mengistiharkan mewakafkan tanahnya. Dirinya juga telah memeluk islam.

One Response to “PeriNgaTan DaRi tuLaNg BuSuK”

  1. fariz Says:

    salam, bila nak update blog ni, huhuhu,

Leave a Reply