PeriNgaTan DaRi tuLaNg BuSuK

October 6th, 2005 by izan-amran

Ketika Amru bin Al ‘Ash menjadi gabenor Mesir, beliau menduduki sebuah istana besar. Dihadapannya terhampar sebidang tanah yang cantik tetapi telah dicacatkan oleh sebuah pondok milik seorang yahudi yang terlalu buruk. Amru tidak sedap hati melihat pemandangan yang sebegitu rupa. Alangkah baiknya jika di hadapan istananya itu dibina sebuah masjid. Tanpa bertangguh lagi, Amru meminta Yahudi itu datang menghadapnya.

“Saya mahu membeli tanah tuan.”Kata Amru. Namun yahudi tersebut menjawab, “saya tidak mahu menjualnya.” Amru tidak berpuashati lalu menawarkan harga yang lebih tinggi. “Saya bayar 3kali ganda daripada harga biasa.” Namun, yahudi itu tetap tidak mahu menjualnya seraya berkata “ walau berapa pun tuan tawarkan, saya tetap tidak akan jualkan.” Amru masih tidak berpuashati lalu berkata “Tuan akan menyesal nanti.”


Keesokan harinya Amru sudah membuat keputusan untuk merobohkan pondok buruk milik yahudi tersebut. Yahudi itu tidak dapat berbuat apa-apa. Namun dia bertekad untuk membawa perkara ini kepada khalifah.

Sampai di Madinah, dia berjumpa Khalifah Umar Al Khattab di halaman Masjid Nabawi di bawah pohon kurma yang rendang.

“Apakah masalah tuan datang ke mari? kerana Mesir terlalu jauh dari sini.” Tanya Khalifah Umar. Maka Yahudi itu pun menceritakan segala-galanya. Wajah saidina Umar berubah . “Tidak sepatutnya dia berbuat demikian!” lalu diambilnya sebatang tulang dari tempat sampah. Di atas tulang itu diguris huruf alif dengan pedangnya. Ditengah-tengah huruf alif itu pula dipalangkannya. Maka saidina memberi tulang itu kepada yahudi tadi. “nah, ambil tulang ini dan serahkan kepada gabenorku(Amru).” Yahudi itu pula berkata “Dari jauh saya datang untuk menuntut keadilan, tetapi tuan bagi saya tulang busuk ini. Adakah tuan mahu menghina saya?” Tetapi saidina Umar menjawab, “Wahai tuan yang saya hormati, pada tulang yang busuk itu terdapat keadilan yang tuan mahukan.”


Yahudi itu pulang dan menyerahkan tulang busuk itu kepada Amru. Sungguh aneh! Amru kelihatan pucat dan menggigil tubuhnya apabila menerima tulang yang busuk itu.

Lalu Amru segera memerintahkan supaya dirobohkan masjid yang baru dibinanya, dan membina semula pondok yahudi itu. Tiba-tiba yahudi tadi datang kepada Amru dengan tergesa-gesa. “Ada apa lagi tuan?” Amru bertanya. Lalu yahudi itu berkata “Jangan diroboh masjid ini. Beritahu saya mengapa tuan begitu takut apabila memandang tulang itu.”

Amru menjelaskan “sebenarnya, tulang busuk itu tulang biasa, malah baunya pun busuk. Tapi kerana dikirimkan oleh Khalifah Umar, ia mengandungi peringatan yang tajam dan tegas. Maksud alif itu ialah : Ingatlah ! Betapa tinggi pangkat dan kekuasaanmu sekarang, suatu masa nanti kamu akan berubah menjadi tulang busuk juga. Kerana itu bertindak adillah seperti huruf alif, adil di bawah dan adil diatas. Andainya engkau tidak bertindak lurus, akan kutebas lehermu.”

Yahudi tersebut terharu. Dia lantas mengistiharkan mewakafkan tanahnya. Dirinya juga telah memeluk islam.

WaNiTa DaN aiRMaTa..

September 28th, 2005 by izan-amran

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya “Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan
untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya
kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya
kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

IsTiMeWaNya KiTa SbG WaNiTa..

September 18th, 2005 by izan-amran

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan… jadi ‘kilang ‘ manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh…
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu
itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat
masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala
kebaikan suaminya yang tak disedari.
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat
dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu
muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar
rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan
tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

.: Wahai wanita..sama2lah kita renungkan..:D. Seistimewa ini Allah telah tempatkan kita. :.

WaNiTa UmPaMa PoHon SeMaLu

September 14th, 2005 by izan-amran

Alwan4_20_9_5
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah
sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah
lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya
apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit
marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri
kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat
dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya
lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup
apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu
(pada tempatnya).

Kedua,
semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh
itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang
wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang
sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah
mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan
akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja
menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu
apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

aDaB DaLaM BeRDoa

September 1st, 2005 by izan-amran

Dalam berdoa kepada Allah Ta’ala itu ada sepuluh adab iaitu:

(1) Sebaik-baiknya, ia memilih waktu-waktu yang mulia untuk memanjatkan doanya ke hadhrat Allah Ta’ala. Misalnya di waktu wukuf di Hari Arafah setahun sekali, atau pada bulan Ramadhan di antara bulan?bulan yang lain, atau pada hari Jumaat dari hari-hari yang lain dalam masa seminggu, dan di waktu tengah malam dalam masa malam hari. Allah telah berfirman:

“Dan pada waktu-waktu tengah malam, mereka memohon keampunan”
(Ad-dzariyat:18)

(2) Hendaklah ia mencari ketika dan keadaan yang baik, seperti masa berkecamuknya barisan-barisan hadapan pada sabilullah (peperangan untuk meninggikan syiar Allah), dan pada masa turunnya hujan lebat (di negara yang sukar dituruni hujan), dan pada masa rnendirikan solat-solat fardhu dan sesudahnya, dan masa-masa di antara azan dan iqamah, dan pada ketika bersujud dalam solat. Pendekata dikira mulianya sesuatu waktu itu kembali kepada kemuliaan keadaannya. Misalnya di waktu tengah malam, ketika itu hati sedang dalam keadaan bersih suci dan ikhlas serta terjauh daripada segala perkara yang meruncingkannya. Begitu juga waktu wukuf di Hari Arafah dan pada hari Jumaat, ketika itu seluruh perhatian sedang berkumpul dan hati sedang tolong menolong pada mencapai kerahmatan yang menyeluruh dari Allah.

(3) Hendaklah menghadapkan mukanya ke arah kiblat ketika memohonkan sesuatu doa, mengangkat tinggi kedua belah tangan., kemudian selesai berdoa, ia menyapu kedua belah tangan itu ke muka.Berkata Umar Ibnul Khattab r.a.: Seringkali Rasulullah s.a.w. ketika mengangkat kedua belah tangannya waktu berdoa, tidak meleraikannya melainkan sesudah disapukan dengan kedua belah tanngan itu ke wajahnya.
Ibnu Abbas pula berkata: Biasanya bila Rasulullah s.a.w. berdoa dirapatkan kedua belah tapak tangannya dan dijadikan bahagian dalam tapak tangan itu bersetentangan dengan wajahnya. Demikian cara-cara tangan ketika dalarn berdoa, dan baginda tidak pula, mengangkatkan pemandangannya ke arah langit.

(4) Hendaklah merendahkan suara antara perlahan dan kuat, Aisyah berkata dalarn memberikan penerangan tentang maksud ayat berikut:

"……Dan janganlah engkau mengangkat suaramu di dalarn solat, dan jangan pula merendahkannya sangat…… "
(al-Isra’: 110)

Kata Siti Aisyah, maksudnya ialah ketika membaca doa-doanya. Allah s.w.t. telah memuji Nabi Zakaria a.s. dengan firmanNya:

"Ketika ia menyeru Tuhannya dengan seruan perlahan-lahan."
(Maryarn: 3)
Firman Allah Ta’ala lagi:

"Serulah Tuhan kamu dengan merendahkan diri dan suara perlahan-lahan. "
(al-A’raf: 55)

(5) Janganlah sampai ia memaksa-maksakan dirinya dalam berdoa dengan bersajak-sajak. Sebaik-baiknya janganlah sampai melampaui doa-doa ma’tsurah (doa-doa yang dihafal dari Rasulullah s.a.w.), sebab dikhuatiri ia akan melampaui batas di dalam doanya, lalu ia merninta apa yang tak patut dimintanya. Perlu diketahui bahwa bukan sernua orang pandai menyusun doa terhadap Allah S.W.T.

(6) Hendaklah ia berdoa dengan penuh perasaan rendah diri, penuh kekhusyu’kan, penuh harapan dan kecenderungan dan juga penuh ketakutan.

(7) Hendaklah bersikap tetap di dalam doanya dan meyakini bahwa doanya itu akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. serta membenarkan harapannya itu. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:Janganlah seseorang kamu berkata ketika berdoa: Ya Allah! Ya Tuhanku! Ampunilah aku jika Engkau menghendaki atau berkata:Ya Allah! Ya Tuhanku! Rahmatilah aku jika Engkau menghendaki. Malah hendaklah menguatkan keazaman dalam doanya itu, kerana Allah tiada pernah dipaksa atas pengabulan doa.

“Mintalah kamu sekelian kepada-Ku nescaya akan Aku kabulkan…,”
(Ghafir:60)

Berkata Rasulullah s.a.w.:

"Bila seseorang kamu berdoa, hendaklah ia memerbesarkan permohanannya, sebab tiada sesuatu pun vang dianggap besar di hadhrat Allah s. w. t."

Bersabda lagi Rasulullah s.a.w.:

"Berdoalah kepada Allah sedangkan kamu penuh keyakinan dikabulkan permintaan kamu itu, dan ketahuilah bahwasanya Allah tidak akan mengabulkan doa orang yang lalai hatinya.

(8) Hendaklah ia bersungguh-sungguh dan jangan berputus asa dalam doanya. Dan sebaik-baiknya diulang-ulangkan sampai tiga kalii, dan jangan sampai merasa terlalu lambat menerima pengabulan.

(9) Hendaklah ia memulakan doanya dengan sebutan nama Allah dan janganlah sekali-kali memulakan dengan permintaan dulu. Usai menyebut nama Allah, disebut pula salawat atas Nabi s.a.w. dan menutup doanya juga dengan sebutan salawat atas Rasulullah s.a.w juga.

(10) Mengerjakan adab kebatinan, dan itulah punca pengabulan dalam semua doa, iaitu bertaubat dan menghentikan segala macam penganiayaan serta menuju kepada Allah dengan penuh hati dan perasaan. Yang demikian itu adalah sebab yang paling hampir kepada terkabulnya segala permintaan.

BeLaiaN IbU .:HiJJaZ:.

September 1st, 2005 by izan-amran
Belaian Ibu
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz


Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh… ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh… Ibu

HaraPaN TiDak BuTa .:ALaRm Me:.

September 1st, 2005 by izan-amran
Harapan Tidak Buta
Munsyid : Alarm Me


Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Sudah menjadi suratan
Setiap sesuatu bersifat sementara
Jerih perit di dunia
Terungkai dek pawana
Hembusan ketaqwaan

Pilu melihat mereka
Dihimpit kemiskinan
Yang serba kekurangan
Berkat walau sedikit
Terukir keredhaan
Di wajah ketenangan

Masih ada harapan
Ubah nasib kehidupan
Bekalan ilmu yang berguna

Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh dan tersungkur
di persimpangan
Berhati bila di jalanan
Bimbang datang ujian
Menduga keimanan

Berusaha hindar keculasan
Waspada kefakiran
Jerumuskan kekufuran
Maruah dibela dijaga
Tidak meminta-minta
Hanya Tuhan segala

Mereka fakir di dunia
Namun berilmu dan beramal mulia..

Doa BuaT aYaH DaN BoNda

August 16th, 2005 by izan-amran

Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini
Memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah

Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuhan Pemerintah hari pembalasan
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
Dan bukan pula orang-orang yang sesat

Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan
Aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai
Aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti

Ya Allah
Teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat

Ya Allah, Ya Rahim, Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu
Dan berbakti kepada kedua ibubapaku

Ya Allah
ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
Bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
Aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
Terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka
Kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
Sedangkan ku tahu, Englau melarang menyebut walaupun perkataan "ah" kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan

Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah Aku berjaya kini
Keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
Kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku
Tidur malam mereka aku ganggu
Titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku

Tidak pernah mereka mengadu letih
Tidak pernah mereka mengadu sakit
Lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
Harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
Namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
Kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
Kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Dimalam ini aku terkenang semua itu
Dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
Dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
Rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,

Dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur ya Allah
Aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
Aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
Aku tahu ya Allah
Mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu
Yang amat pedih itu ya Allah

Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
Yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku

Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
Yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
Jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
Dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
Jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah
Tuhan Sekelian Alam.

Amin.

BiDaDaRi MCeMBuRuI KeSoLeHaNMu WaHaI MuSLIMaH..

May 17th, 2005 by izan-amran

Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.

"Seorang manusia bergelar nabi, manusia lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Dia bebas menelurusi setiap ceruk menikmati keindahan yang tidak terperi. Namun ditengah keindahan syurga, jauh di sudut hatinya masih ada suatu kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan syurga! Maka diciptakannya wanita sebagai pelengkap kepada nikmat syurgawi.

Syurga masih terasa kurang lengkap tanpa wanita. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Kalau begitu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya……tanpa wanita, sunyi sepilah dunia. Tidak banggakah kita menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kita boleh berbangga menyandang keistimewaan ini?

Perhiasan adalah suatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Seperti mana sejuknya hati dan mata apabila melihat bunga, demikianlah hati apabila melihat perhiasan. Tapi, kenapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada perhiasan dunia dan akhirat? Malah, ada wanita yang menjadi punca kemelut dan kacau bilau. Garis pemisahnya ialah sekeping hati yang ia miliki.

Apabila hati diserahkan kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya iaitu penyejuk mata dan hati.Apabila wanita terus mengikatkan hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi. Redup wajahnya mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan dan kerendahan hati yang tunduk kepada syariat meletakkan ia sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari Zat Yang Maha Agung. Inilah wanita sejati bergelar wanita solehah seperti yang digambarkan oleh Rasullullah:

" Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."

Di dunia lagi bidadari mencemburui kesolehannya dan di akhirat bidadari sudi menjadi khadamnya.

Sebaliknya, jika hati dibawa jauh dari Allah, hilanglah kejernihan wajah dan jadilah dia duri yang menjadi punca kemelut serta kacau bilau. Apabila wanita lari dari ikatan Tuhan, maka terbukalah segala pintu yang akan menjerumuskannya ke lembah fitnah kehinaan. Hilanglah redup wajah yang menjadi dambaan dan yang terserlah ialah kecantikan palsu yang menanti untuk dieksploitasi oleh manusia buas yang menjadi hamba nafsu.

Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati…tapi haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenar, ia haruman palsu yang bersifat luaran. Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal. Keharuman bunga sejati tetap kekal dimana saja ia diletakkan, di jambangan ataupun sekadar tumbuh di pingggir belantara. Sebaliknya bunga plastik tetap kaku, haruman palsunya akan semakin hilang walaupun tersusun indah di jambangan emas.

Wanita solehah yang hatinya terikat dengan Allah-si gadis dihiasi sifat sopan dan malu; si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih terhadap suami. Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki `perhiasan’ sejati ini kerana pastinya hidup akan terarah ke syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan syurga hakiki yang kekal abadi.

Seorang wanita yang hatinya jauh dari Tuhan masih mampu menjadi perhiasan dunia yang digilai oleh segenap lelaki. Kecantikan dan lentoknya menjadikan hati lelaki tunduk semahu-mahunya sehingga sangggup berkorban segala-galanya-suatu perhambaan yang tersirat. Terpenjaralah hati kaum Adam yang memilih perhiasan`palsu’ ini. Hati menjadi sempit dan di akhirat terseksa tanpa batas!

Wanita boleh memilih untuk menjadi `bunga sejati’. Wanita solehah yang membawa tenang. Wanita juga boleh memilih untuk menjadi `bunga plastik’. Wanita yang mengundang kemelut, kacau bilau dan kehancuran. Kita sentiasa ada pilihan… maka pilihlah. Kita hanya akan layak menjadi `bunga sejati’ jika hati tunduk kepada Tuhan. Bagaimanapun, Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba terus derhaka…Maha suci Allah yang telah memuliakan kita sebagai wanita. Daripadanya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali.

KaSiH Yg BMuSiM..

May 16th, 2005 by izan-amran

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu… budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih. Masa berlalu…

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu." Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah.

Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu.

Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak aada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…" kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

p/s: Sekiranya kita dapat fikirkan kmbali..apakah mesej yg cuba dsmpaikan dr cerita tadi? Fikirkanlah wahai sahabatku..pengajaran yang terselit. Mgkn kita merasakan bahawa cerita diatas seolah2 cerita utk kanak2..tp, adakah kita sedar bhw disebaliknya adalah kisah ttg kita..KiSaH yG BlakU DLm KeHDPn KitA. TgG IbU BaPa KiTa..Bacalah analogi di atas dan kaitkan lah dgn kehidupan kita sejak dari kecil sehinggalah kita dewasa. bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup. anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. HaRGaILaH DaN SaYaNgILaH KeDuA IbU BaPa KItA. WpUN BuKaN DGn HaRTa KeKaYaan..Tp, JGnLaH PuLa KiTa LuPa UtK MdOaKan MeReka SeTiaP HaRi.